klik saya...

04/04/2013

Ubat Yang diberi semasa Antenatal Visit


  Alhamdulillah... dah 11 minggu dah di sah kan hamil. Yani memang takde alahan apa2 cuma kuat makan (bukan dari dulu ke kuat makan?). 6 week yani pegi scan still tak nampak apa2 lagi just nampak kantung baby je. Yani dan hubby dah gelabah dah masa tu.. takut kandungan tak normal (kecoh kan) biasalah tu kan pengalaman pertama kami... he3.. so next appointment kena datang hari rabu minggu depan untuk scan sekali lagi.
  For antenatal visit hari ni geram juga la... ada ke patut nurse tu kata yani pregnant dah 15 minggu siap palpate lagi.. mana nak rasa nye kalo usia kandungan baru 11 week dah la anak pertama. Satu lagi, blood group yani A positif boleh pula nurse tu tulis kat buku pink tu AB... mmmm entah la...next appointment nak complain pasal tu tapi dengan cara berhemah ok.... he3...  
    Yani saja nak berkongsi informasi tentang ubat2 yang diberi masa antenatal visit... elok untuk ibu2 mengandung. 
 
1. FERROUS FUMARATE 200 MG ( Iron supplement)
  Kegunaan:
Ubat ni untuk mengelak dan merawat kekurangan iron dalam darah. contoh nya macam anemia. Iron ni penting untuk badan membina sel darah merah. Badan memerlukan darah yang cukup untuk pembentukan janin.

Cara penggunaan:
-Ubat ni eloklah diambil masa perut masih kosong iaitu 1jam sebelum makan atau 2 jam selepas makan
-Elakkan mengambil antacid, dairy product (e.g susu), tea dan kopi dalam masa 2 jam selepas makan uabt ni kerana akan mengurangkan keberkesan ubat.
-Elok selepas makan ubat ni minum air atau jus untuk penyerapan yang lebih baik.

** Iron tablet akan menjadikan najis berwarna hitam dan itu normal yea ibu2.....


2.  Folic Acid
Kegunaan: diperlukan untuk membina cell genetik( DNA) dan untuk pembesaran dan pertumbuhan. Folic acid juga penting untuk mengekalkan dan membantu dalam pembentukkan saraf2. folic acid ni penting untuk perkembangan spinal cord baby dan saraf nya dan mengurangkan kecacatan janin masa dalam kandungan seperti sumbing dan spinal bifida.


sumber: google.
Ini la contoh spinal bifida tu.



3.Vitamin B complex
Kegunaan:
-Untuk pembentukan saraf, membentuk tenaga dengan menukar karbohairat yang kita makan kepada gula dan seterus nya menukar gula kepada tenaga dan vitamin b complex juga baik untuk penghadaman



P/S; Ibu mengandung jangan malas makan ubat ia baik untuk anda dan janin.

02/02/2013

Kucing Buat Gaya tenggiling...




    Hari ni Muza buat gaya pelik dari biasa... mungkin sejuk sangat kot....


pelikkan? ke kucing korang pun pernah buat macam ni jg?


Sedar Yani tangkap gambar, dia terbuka sikit...
                                    

Apam Balik Tak Jadi


     Hari ni dok online, Yani carilah resepi apam balik di internet kononnya nya untuk suami tercinta. Semua bahan dah ada kat rumah cuma jagung sebagai inti je yang takde. Yani ajak la hubby pegi beli. Sebelum pegi kedai Yani dah prepared dah tepung untuk kulit apam balik tu. Balik dari kedai terus masak (kata pun apam balik...ehe) 


Tada! ni hasil nya....

Hubby: Lempeng ke yunk??
Yani; Sampai hati b cakap gitu :(
Hubby; Takpe, nanti try lagi..
Yani; ............