klik saya...

28/01/2013

Gelagat Kucing


 Jom layan gelagat kucing2 Yani......


Sejuk nye......
Apa yang di bau si Lili ni?

Cuba korang perhati betul2 tepi mata sebelah kanan si Kiki tu
ada luka. Yani pun tak tau mana dan macam dia dapat luka tersebut.
Si Kiki adalah yang paling lasak sekali. So, tak hairan dia mendapat......
                                  
Bila angkat macam ni mesti Muza start grooming


Sedap nya makanan tadi... yummy!


alolo...tak mo sedih2

Letih nya....

Minum susu.

Next time share lagi yea... tada.. gudnite all...

                                     


                                     


                                     

                                   
                                   

Vitamin untuk Kucing

      Macam2 vitamin untuk kucing yang ada di pasaran. Kucing berisiko kekurangan vitamin disebabkan tersangat aktif dan makanan yang kita bagi tidak memenuhi khasiat yang diperlukan oleh kucing. Yani bagi kucing Yani Nutri Plus gel. Sejak Yani bagi vitamin Nutri Plus Gel, bulu pada bekas sakit kulit Kiki dan Lili mulai tumbuh sedikit2. Malahan dorang semakin hyperaktif  aktif.

Yani beli dalam RM20
Cara nak bagi? korang jangan risau sebab kucing memang suka makan vitamin ni. Yani just picit je kat tangan si comel akan jilat dengan berselera nya.

Lili tengah menjilat Nutri Plus Gel
Kiki berselera sekali
Lili: Nak lagi...
Yani: tak bole la sayang... ty overdose.
 

Cara memberi kucing makan dry food

      Antara 3 ekor kucing yani, muza la yang paling memilih makan. Kalo setakat dry food tu memang dia takkan pandang. Dia bau je terus blah. Mula2 yani biar je dry food tu  dalam bekas makanan nya... kot dia makan kalo lapar, 2 3 hari menunggu memang tak dimakan langsung. So, pada pandangan yani dan suami  dia kecik lagi tak reti makan menda tu semua tp kalo dipikir balik Kiki  dan Lili dulu umur tahap Muza ni pun dah reti makan dry food siap bunyi2 lagi tak nak yang lain ambik makanan dia.  
    Last   Yani dan suami decide bagi susu for kitten je la kat Muza. Muza ni pula suka minum susu tak macam Kiki dan Lili masa kecik dulu, senanglah sikit . Lama2 yani rasa leceh la pula kena buat susu. Pernah  1 kali tu terbagi muza minum susu basi, nasib baik tak apa2. Masa tu memang tak usha pun susu tu terus bagi je sebab keadaan gelap masa tu. Muza ni kadang2 tido dengan yani dan hubby so dia mengiau je terus bagi susu. Sanggup bangun malam2 bagi susu. Dah macam anak sendiri la pula.
    Kebetulan kat rumah ada stock wet food. So, Yani try la bagi Muza wet food tu. Tengok dia makan berselera je . Dari hari tu Yani consider Muza ni kucing yang memilih makan...chewah. Si suami memang tak galak kan bagi wet food bukan saja busuk malah mahal pula tu, duit dia juga yang melayang.. kih2.
    So, Yani buat inisiatif lain dengan merebus dada ayam. Kuah nya campur dengan dry food yang ditumbuk. Yes!  Muza makan juga, tak nak sangat kan makan dry food tu... kan dah tertipu.Lama2 Muza macam tau tau je kena tipu dah tak disentuh langsung dry food campur kuah ayam tu. 

Time ni Muza macam dah tau je ada dry food dicampurkan.
Muza minum kuah je. Puk kang...
   Muza ni memang bajet orang kaya... ingat tuan dia ni berduit sangat ke nak beli wetfood yang mahal tu.  Setiap kali nak makan wet food naik lemak la Muza... takut tuan dia pula yang hilang lemak.


Bila Muza kekenyangan dan penat bekerja  bermain.

Klinik haiwan kerajaan yang murah

    Merawat kucing demam memang kena sabar. Sudah sekian lama Kiki dan Lili menghidap selsema dan sakit kulit. Macam2  dah yani dan suami lakukan bagi menyembuhkan kucing2 tu. Nak antar pegi vet kitorang tak mampu. so kitorang try la petua kat internet.
   Pertama kitorang guna air kelapa. Air kelapa ni dapat menyejukkan badan si comel. macam manusia gak kan. Tapi sangat bukan senang nak bagi kucing2 tu air kelapa. Kitorang bagi air kelapa tu ala2 air minuman la konon tp kucing2 tu macam tau2 je tu ubat untuk deman (alahai... makan ubat je ngelak mcam tuan dia.. apa pun tak bole) . 
    Hari tu kitorang nekad untuk pegi jumpa doctor memandangkan deman kucing2 tu tak kebah2 lagi.  Takut   apa2 jadi kat kucing tu(Seperti yang sebelum ni kitorang memang selalu tak mampu nak anta kucing2 tu pegi vet). So, kitorang try la pegi swasta kerajaan, kalo mahal pun mungkin takde la sampai cekik darah. 

Masa pendaftaran Yani dibagi kad ni sebab kali pertama datang .
So, next time datang kena bawa kad ni.
    
    Ketiga2 kucing Yani kena suntikan antibiotik. Doktor kata kucing2 Yani masih sihat (ada lagi kucing yang lagi teruk) Yani dan hubby bersyukur sangat si comel still bole makan dan aktif hyperaktif.
Doktor bagi ubat cacing bagi membunuh cacing yang mungkin
ada dalam perut si comel.
Dan ubat deman yang kitorang tak pasti sebab hubby yang ambik ubat  tu.
So, kitorang tak nak bagi  bagi jela kat kucing2 tu. 
Kesemua bayaran dengan suntikan antibiotik dan ubat2 tadi hanya RM10 sahaja untuk 3 ekor kucing Yani. Murah kan? Next month Kiki dan Lili datang untuk injection untuk penyakit kulit. Hari tu tak bole bagi sebab Kiki dan Lili tak cukup umur lagi. Kucing berumur 3 bulan sahaja yang bole mendapat suntikan untuk penyakit kulit tu.
p/s: Hantar la kucing anda ke klinik kerajaan bagi yang tak mampu macam Yani demi kesihatan anda kucing anda. 

12/01/2013

Keluarga Baru

 
Setelah sekian lama menjaga cici, dan lili kini kami bawakan kawan untuk dorang iaitu kucing yang kami jumpa semasa membeli barang kat satu kedai runcit. Kami bagi namanya muza. Muza ada 5 orang adik beradik (menurut kata empunya kedai runcit) . Adik beradik dia yang dua ekor orang lain dah ambik. Semalam kami ambik muza pula. Kalo nak ikutkan hati rasa nak ambik semua dengan ibu nya sekali tapi takut kami tak mampu nak jaga. Pikir lagi 3 ekor kat rumah... Lagi2 si sugar glider Cici tu, susu ensure yang dia minum memang mahal lagipun my hubby je la yang tanggung pembelanjaan di rumah ni. Yani? suri rumah sepenuh masa la... Kucing2 kami belikan dry food yang murah2 je... nak beli royal canin tak mampu pula.
        Muza kami asingkan dengan kiki dan lili sebab budak 2 ekor tu deman dan gatal2 tak elok lagi. Kami takut Muza terkena jangkitan. Muza kami letak dibawah, ini menyenangkan kami bagi susu untuknya. Kiki dan Lili kami letak diatas dalam 1 bilik kosong merangkap stor kami dan tempat mengkuarantinkan si pesakit yang berkemungkinan besar menjangkiti yang lain. Buat masa ini lupakan dulu sesi perkenalan antara Kiki, Lili dan Muza. Tunggu semua dah sihat baru bole jumpa Muza ye sayang....

welcome muza!

09/01/2013

Planet Kucing


      Tajuk entri macam gempak kan? macam ada penemuan baru je kan... kih2. Toshirojima atau lebih dikenali sebagai cat island di jepun, yani bagi nama planet kucing sebab population kucing kat sana memang lagi banyak dari manusia. Manusia pun kebanyakkan nya dah lanjut usia. Pulau ini sangat sesuai dilewati bagi pengemar kucing. Toshirojima adalah satu satu nya tempat idaman yang yani ingin pergi. Bila ntah...tunggu ada rezeki nanti la. Jom layan gambar yang di ambil dari mr.google..


Sepanjang jalan penuh dengan si comel..bestnye.


Kebanyakkan penghuni cat island
adalah yang dah berusia.
                                         
kucing semua nya tomey2
                                             




P/S: bawa balik sekor tak bole ke?...;p

08/01/2013

Biodata

Nama: Cici

Tarikh Lahir: tak dapat dikenal pasti tapi adopt masa umur 3 bulan

Umur: 7 bulan gitu lah..

Jantina: Betina

Status: Bergetah lagi..

Hobi: Tido dan makan

Makanan kegemaran: Epal merah, madu dan susu ensure.

Makanan tak digemari: Anggur (kalo lapar sangat saya makan la)






Nama: Lili

Tarikh lahir: 1 November 2012

Umur: 2 bulan 6 hari

Jantina: Betina

Status: Kita kecik lagi la.... tomelah mata), tido dan makan.

Makanan kegemaran: Wet food tapi mummy selalu bagi dry food tapi xpe la tau mummy xde duit.y gitu.

Hobi: Main bola (jangan pandang sebelah mata)

Makanan tak digemari: Tolak batu dan kayu je.






Nama: Kiki

Tarikh Lahir: 1 November 2012

Umur: 2 bulan 6 hari

Jantina: Jantan

Status: Bujang trang tang tang...

Hobi: Main, Grooming, tido dan buli Lili... wa kah kah kah..

Makanan kegemaran: wet food

Makanan tak digemari: Susu (makanan ke ni?)




P/S:Kami akan kembali.... tada....




Memperkenalkan!...


 Ini blog baru yani tapi ini bukan kali pertama cubaan membuat blog. Blog yang sebelum ni banyak menceritakan kehidupan sebagai student sekarang dah habis belajar dah. Sekarang dah jadi isteri orang dah pun. so, blog pun kena tukar ma.... kih2. ..

 Sekarang hidup berdua ngan my hubby kat umah sewa kitorang yang kecik molek ni. Tapi aku tetap bersyukur. Anak??mmm.... takde rezeki lagi kot tapi kitorang ada anak angkat he.. cici, lili dan kiki. diarong lah yang jadi pengubat sunyi kami.

 Siapa cici? cici adalah seekor sugar glider yang comel. Hadiah dari my husband masa kitorang bercintan cintun suatu masa dulu. Tada!! ni la si comel tu.
Dalam pouch....
             Seterusnya, perkenalkan Kiki dan Lili yang comel sangat ni....meh layan gambar je la...
Lili

si Kiki yang pembersih
    Itu lah yang menceriakan hari-hari kami sementara menunggu cahaya mata... cewah....
Tada... tunggu upadate seterusnya ye....