klik saya...

01/02/2013

Tip Mengelak Jerawat

      Biasanya Yani shared pasal kucing2 Yani.. sekali sekala apa salahnya berkongsi ilmu kecantikan. chewah... macam muka lawa sangat je kan..

sumber; Google
  1. Cuci muka menggunakan pencuci muka yang sesuai untuk menyingkirkan kotoran dan minyak yang bertong2 tu .
  2. Rajin2 la mencuci muka selepas keluar dari rumah kerana udara kotor juga mengalakkan pertumbuhan jerawat.
  3. Elak menggunakan make up waktu tido (melainkan suami anda paksa) bagi memberi masa rehat pada kulit muka anda.
  4. Gunakan tuala yang bersih untuk untuk mengelap muka gebu anda bagi mengelakkan jangkitan kuman.
  5. Sentiasa la mencuci tangan sebelum menyentuh muka untuk mengelakkan kuman berjangkit pada kulit muka. Lain la kalo anda mempunyi microscope dirumah. So daripada nak kena tengok bawah microscope, adalah lebih baik anda mencuci tangan saja. Tak sampai seminit pun...
  6. Makan la makanan yang kurang berminyak. Susahkan bagi orang yang suka makan goreng2? Yani sendiri pun susah nak ngelak... hentam saja la labu..;)
  7. Elakkan Kurangkan stress juga adalah langkah yang terbaik untuk mengelakkan percambahan  pertumbuhan jerawat

No comments:

Post a Comment