klik saya...

28/01/2013

Cara memberi kucing makan dry food

      Antara 3 ekor kucing yani, muza la yang paling memilih makan. Kalo setakat dry food tu memang dia takkan pandang. Dia bau je terus blah. Mula2 yani biar je dry food tu  dalam bekas makanan nya... kot dia makan kalo lapar, 2 3 hari menunggu memang tak dimakan langsung. So, pada pandangan yani dan suami  dia kecik lagi tak reti makan menda tu semua tp kalo dipikir balik Kiki  dan Lili dulu umur tahap Muza ni pun dah reti makan dry food siap bunyi2 lagi tak nak yang lain ambik makanan dia.  
    Last   Yani dan suami decide bagi susu for kitten je la kat Muza. Muza ni pula suka minum susu tak macam Kiki dan Lili masa kecik dulu, senanglah sikit . Lama2 yani rasa leceh la pula kena buat susu. Pernah  1 kali tu terbagi muza minum susu basi, nasib baik tak apa2. Masa tu memang tak usha pun susu tu terus bagi je sebab keadaan gelap masa tu. Muza ni kadang2 tido dengan yani dan hubby so dia mengiau je terus bagi susu. Sanggup bangun malam2 bagi susu. Dah macam anak sendiri la pula.
    Kebetulan kat rumah ada stock wet food. So, Yani try la bagi Muza wet food tu. Tengok dia makan berselera je . Dari hari tu Yani consider Muza ni kucing yang memilih makan...chewah. Si suami memang tak galak kan bagi wet food bukan saja busuk malah mahal pula tu, duit dia juga yang melayang.. kih2.
    So, Yani buat inisiatif lain dengan merebus dada ayam. Kuah nya campur dengan dry food yang ditumbuk. Yes!  Muza makan juga, tak nak sangat kan makan dry food tu... kan dah tertipu.Lama2 Muza macam tau tau je kena tipu dah tak disentuh langsung dry food campur kuah ayam tu. 

Time ni Muza macam dah tau je ada dry food dicampurkan.
Muza minum kuah je. Puk kang...
   Muza ni memang bajet orang kaya... ingat tuan dia ni berduit sangat ke nak beli wetfood yang mahal tu.  Setiap kali nak makan wet food naik lemak la Muza... takut tuan dia pula yang hilang lemak.


Bila Muza kekenyangan dan penat bekerja  bermain.

No comments:

Post a Comment