klik saya...

12/01/2013

Keluarga Baru

 
Setelah sekian lama menjaga cici, dan lili kini kami bawakan kawan untuk dorang iaitu kucing yang kami jumpa semasa membeli barang kat satu kedai runcit. Kami bagi namanya muza. Muza ada 5 orang adik beradik (menurut kata empunya kedai runcit) . Adik beradik dia yang dua ekor orang lain dah ambik. Semalam kami ambik muza pula. Kalo nak ikutkan hati rasa nak ambik semua dengan ibu nya sekali tapi takut kami tak mampu nak jaga. Pikir lagi 3 ekor kat rumah... Lagi2 si sugar glider Cici tu, susu ensure yang dia minum memang mahal lagipun my hubby je la yang tanggung pembelanjaan di rumah ni. Yani? suri rumah sepenuh masa la... Kucing2 kami belikan dry food yang murah2 je... nak beli royal canin tak mampu pula.
        Muza kami asingkan dengan kiki dan lili sebab budak 2 ekor tu deman dan gatal2 tak elok lagi. Kami takut Muza terkena jangkitan. Muza kami letak dibawah, ini menyenangkan kami bagi susu untuknya. Kiki dan Lili kami letak diatas dalam 1 bilik kosong merangkap stor kami dan tempat mengkuarantinkan si pesakit yang berkemungkinan besar menjangkiti yang lain. Buat masa ini lupakan dulu sesi perkenalan antara Kiki, Lili dan Muza. Tunggu semua dah sihat baru bole jumpa Muza ye sayang....

welcome muza!

No comments:

Post a Comment